PENGENALAN

 

Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam merupakan Bahagian yang bertanggungjawab dalam mengendalikan  dan menguatkuasakan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam Negeri Perlis.

 

Secara amnya bahagian ini berperanan untuk mengendalikan pengurusan permohonan perkahwinan masyarakat Islam serta memberikan kefahaman dan pendedahan mengenai hal ehwal pentadbiran keluarga melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

 

FUNGSI

 

·          Melaksanakan pengurusan perkahwinan, perceraian dan rujuk Orang-orang Islam

           Negeri Perlis.

·          Merancang dan melaksanakan program-program/kursus-kursus pembangunan keluarga            menurut Syariat Islam dengan kerjasama pelbagai agensi.

·          Menyelia pelaksanaan kursus-kursus pra-perkahwinan (MBKPPI) yang dilaksanakan            oleh syarikat/pihak swasta.

·          Mengendalikan proses rundingcara@kaunseling keluarga kepada pasangan suami/

           isteri/ anggota keluarga yang menghadapi masalah atau krisis rumahtangga dan   

           kekeluargaan.

·          Menyimpan dan mengemaskini rekod dan dokumen mengenai perkahwinan, perceraian,            dan rujuk orang-orang Islam Perlis dan menyediakan laporan bulanan dan tahunan untuk            semua aktiviti dan kes-kes yang dikendalikan.

·          Mengendalikan Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan

 

PENTADBIRAN

 

Pentadbiran bahagian ini adalah tertakluk kepada kuasa yang diberikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs) berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Perlis.

 

Bahagian ini terdiri dari 3 unit utama:

 

                 -Unit Nikah, Cerai dan Rujuk

                 -Unit Pembangunan Keluarga

                 -Unit Kaunseling Keluarga

 

Unit Nikah, Cerai dan Rujuk

 

Bertanggungjawab dalam memproses permohonan perkahwinan, memproses pemohonan pendaftaran pernikahan luar Negara, dan mengeluarkan Surat Akuan Nikah, Cerai dan Rujuk.

 

Unit ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan borang pemeriksaan HIV untuk pasangan yang ingin berkahwin. Mana-mana pasangan yang ingin berkahwin di Negeri Perlis diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan HIV.

 

Unit ini juga berperanan dalam mengendalikan Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan bagi tujuan memantapkan prestasi dan memberikan kefahaman kepada Penolong Pendaftar dalam hal ehwal prosuder perkahwinan di Negeri Perlis.

 

Unit Pembangunan Keluarga

 

Setiap pasangan yang berkahwin mempunyai hasrat agar perkahwinan yang dibina berkekalan hingga akhir hayat. Oleh itu, bagi merealisasikan hasrat tersebut unit ini berperanan dalam merancang dan melaksankan program atau aktiviti-aktiviti untuk memantapkan institusi kekeluarga. Program yang dilaksanakan meliputi aktiviti riadah, ceramah, forum, dan seminar.

 

Selain itu unit ini juga bertanggungjawab dalam mengendalikan kursus pra perkahwinan untuk pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga.

 

Unit Kaunseling Keluarga

 

Berperanan dalam mengendalikan aduan dan khidmat rundingan kepada pasangan yang menghadapi konflik rumahtangga agar perkahwinan yang dibina dapat dikekalkan.

 

Khidmat rundingan juga diberikan kepada pasangan yang ingin mendapatkan nasihat dalam mengendalikan rumhatangga yang dibina.

 

SOALAN LAZIM

 

S:             Bilakah borang permohonan berkahwin boleh dihantar?

J:              Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar 30 hari sebelum tarikh perkahwinan yang                  dirancangkan. Surat kebenaran nikah akan dikeluarkan kepada pemohon selepas borang tersebut                  diproses. Surat kebenaran tersebut sah dalam tempoh 90 hari. Pemohon boleh mendapatkan surat                  kebenaran selepas 7 hari dari tarikh borang dihantar.

 

S:             Bilakah Sijil Nikah boleh diperolehi?

J:              Sijil Nikah atau Surat Akuan Nikah akan dikeluarkan kepada pasangan 30 hari selepas Daftar                  Nikah dikemukakan oleh Pen. Pendaftar Nikah (Jurunikah) kepada Bahagian ini. Pasangan yang                  berkahwin akan diberikan akuan sementara selepas berlakunya akad nikah. Semasa mendapatkan                  Surat Akuan Nikah, pemohon hendaklah mengemukakan surat akuan sementara tersebut.

 

S:             Dimanakah Pemeriksaan Kesihatan HIV boleh dijalankan?

J:              Ujian HIV boleh dilaksanakan dimana-mana pusat rawatan / Klinik Kesihatan Kerajaan.

                 Keputusan ujian dari pusat rawatan / klinik swasta tidak diterima. Pasangan hendaklah

                 mendapatkan Borang Pemeriksaan Kesihatan dengan bayaran RM5.00 di Unit Nikah, Cerai &

                 Rujuk, JAIPs sebelum menjalani pemeriksaan.