

|
LATAR BELAKANG :
Bahagian Pendidikan ialah salah satu bahagian di bawah Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis yang diberi peranan dan tanggungjawab dalam memastikan peroses dan pelaksanaan pendidikan dan pengajaran Islam samada di sekolah Agama Rakyat (SAR) Sekolah Agama Negeri (SAN) rendah dan menengah termasuklah di Tadika Islam dan Pengajaran di Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) agar menepati dengan dasar-dasar dan polisi yang dikehendaki oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) berdasarkan Ahlul Sunnah Rasullah SAW.
FUNGSI BAHAGIAN PENDIDIKAN :
· Mengendalikan urusan mendaftar Sekolah Agama Rakyat (SAR) Sekolah Agama Negeri (SAN) dan memastikan perjalanan sekolah berkenaan dikawal selia di bawah Enikmen Pengawalan Sekolah Agama Islam Negeri Perlis Bil. 5 / 1989.
· Mengadakan penyeliaan dan pengawasan Sekolah Agama , Tadika Islam, Kelas Alquran Dan Fardu Ain (KAFA)mengenai kurikulum, ko-kurikulum dan aktiviti pendidikan agar tidak bercanggah dengan konsep Ahlul Sunnah Waljamaah.
· Menguruskan pengambilan guru-guru dan murid-murid Tadika Islam di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan guru-guru (KAFA) mengikut keperluan semasa.
· Mengadakan penyelarasan dan berkerjasama dengan (JAKIM) bagi menguruskan peruntukan kewangan (KAFA) dan mengadakan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), bantuan buku teks (SPBT) dan membuat urusan pelajar dan guru luar Negara dan bekerjasama dengan Jabatan yang berkaitan, seperti Jabatan Pelajaran Perlis dan Imengeresen .
AKTIVITI /PROGRAM BAHAGIAN PENDIDIKAN :
BAHAGIAN TADIKA ISLAM:
Mengendalikan 20 buah Tadika Islam ( 10 buah Tadika JAIPs dan 10 buah Tadika Yayasan Islam Perlis) seramai 550 murid setahun.
Pengajaran dan pembelajaran Tadika berkenaan mengunapakai kurikulum bersepadu dengan memberi penekanan kepada pendidikan Islam termasuklah bahasa Arab, dikendalikan oleh 40 orang guru dan 20 guru pembantu, semuanya adalah guru perempuan.
Menyertai kegiatan sukan yang dianjurkan Bahagian Tadika termasuklah sukan yang dianjurkan oleh pihak-pihak lain.
Mengadakan kursus kemahiran P & P kepada guru dan pembantu guru termasuklah kursus-kursus yang bersifat motivasi.
Mengadakan hari penyampaian hadiah dan hari Konvokesyen Tadika.
Bekerjasama dengan YIPs dan agensi yang berkaitan bagi memajukan kecemerlangan Tadika Islam.
BAHAGIAN SEKOLAH AGAMA:
Mengadakan lawatan ke (SAR) dan (SAN) dan mengirat hubungan dengan sekolah berkenaan.
Mengadakan Seminar Pengukuhan dan Pemantapan Teknik Menjawab Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Peringkat Negeri Perlis.
Menjadi urusetia pelaksanaan Sukan (SAR) Zon Utara.
Menjadi penyelaras (SAR) dan (SAN) di samping bekerjasama dengan (JAKIM) dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis termasuk Bhg. Sekim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pelajaran Malaysia.
BAHAGIAN (KAFA)
Mengadakan perancangan kemajuan (KAFA) ke arah memastikan murid-murid (KAFA) menguasai Al Quran dan asas Fardu Ain.
Mengadakan Peperiksaan Ujian Pencapaian Kelas KAFA (UPKK) bagi murid-murid (KAFA) tahun 5 di Sekolah Rendah Kerajaan dan kelas KAFA.
Membuka kelas KAFA yang baru berdasarkan keperluan.
Menbuat pengambilan guru-guru KAFA yang baru berdasarkan keperluan dari masa kemasa.
Menyelia perjalanan kelas KAFA dari masa kemasa.
Memperoses tuntutan dan membayar elaun kapada guru-guru KAFA di bawah peruntukan JAKIM dengan kadar RM 500.00 sebulan berdasarkan jumlah jam mengajar.
Mengadakan Multaqa Tahunan Guru-guru KAFA peringkat negeri Perlis.
Menguruskan penyertaan Multaqa Guru-guru KAFA di peringkat Kebangsaan.
Mengadakan kursus P & P , tahsin Al Quran, Motivasi dan sebagainya kapada guru-guru KAFA dengan kerjasama JAKIM dan lain agensi seperti INTAN dan lain-lain. |