

|
PENGENALAN
Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah yang dikenali sebagai Bahagian Penguatkuasa mempunyai tiga unit teras iaitu:
· Unit Penguatkuasaan · Unit Penyiasatan · Unit Pendakwaan
Aktiviti bahagian ini ialah:
· Menjalankan operasi pencegahan dan penguatkuasaan enakmen syariah negeri. · Menerima aduan kes-kes kesalahan di bawah enakmen syariah negeri. · Menjalankan pendakwaan kes-kes kesalahan di bawah enakmen syariah negeri. · Mendaftarkan kes-kes kesalahan yang cukup bukti dan keterangan di Mahkamah Syariah. · Menjalankan pendakwaan kes-kes kesalahan yang ditetapkan tarikh perbicaraan oleh Mahkamah Syariah.
ADUAN KES JENAYAH SYARIAH
Kes-kes Kesalahan Jenayah Syariah atau Jenayah Dalam Syarak yang dimaksudkan ialah kes-kes kesalahan yang diperuntukan di dalam Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991. Kes-kes tersebut antara lainnya ialah:
· Perbuatan tidak sopan. · Khalwat · Minum arak · Tidak puasa · Hamil @ lahir anak luar nikah.
Sekiranya anda mendapati kes-kes tersebut berlaku di tempat anda, bolehlah menghubungi pegawai penguatkuasa syariah JAIPs di talian berikut:
04-9794416 04-9794417 04-9794418
KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI PERLIS
|
|
* Boleh tangkap tanpa waran |
|
KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991 NEGERI PERLIS |
|
BIL. |
SEKSYEN |
KESALAHAN |
HUKUMAN |
|
1 |
5 |
PERBUATAN TIDAK SOPAN Perbuatan@berkelakuan tidak sopan mengikut pandangan syarak di tempat awam / bercumbuan. |
Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya |
|
2 |
6 |
PERKATAAN TIDAK SOPAN Mengeluar@menyebarkan kata-kata yang bertentangan dengan Hukum Syarak yang boleh memecahkan keamanan. |
Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya |
|
3 |
7* |
PONDAN Berlagak seperti perempuan / lelaki (tasyabuh) di tempat awam. |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
4 |
8 |
MENGHASUT PEREMPUAN BERSUAMI / LELAKI BERISTERI SUPAYA BERCERAI / INGKAR KEWAJIPAN
|
Denda RM2,000 @ Penjara 1 tahun @ kedua-duanya |
|
5 |
9* |
KHALWAT Lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri @ bukan mahram yang didapati bersekediaman @ bersekedudukan @ bersunyi-sunyian @ tinggal bersama di mana-mana tempat dalam keadaan mendatangkan syak. |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
6 |
10 |
BERKELAKUAN SUMBANG Perbuatan yang dianggap bertentangan dengan Hukum Syarak antara lelaki dan perempuan yang ditegah berkahwin. |
Denda RM3,000 @ Penjara 2 tahun @ kedua-duanya |
|
7 |
11 |
MUQADDIMAH ZINA Perbuatan @ perkataan antara lelaki dan perempuan yang mendorong kepada perzinaan |
Denda RM3,000 @ Penjara 2 tahun @ kedua-duanya |
|
8 |
12 |
BERSUBAHAT MELAKUKAN KESALAHAN MUQADDIMAH ZINA |
Denda RM3,000 @ Penjara 2 tahun @ kedua-duanya |
|
9 |
13* |
LIWAT Perhubungan jenis antara lelaki dan lelaki @ lelaki dan perempuan melalui dubur. |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
10 |
14 |
MUSAHAQAH Perhubungan jenis antara perempuan dengan perempuan. |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
11 |
15* |
HAMIL LUAR NIKAH (Termasuk melahirkan anak luar nikah). |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
12 |
16 |
MELARIKAN ISTERI ORANG DAN HALANG SUAMI ISTERI DUDUK BERSAMA |
Denda RM2,000 @ Penjara 1 tahun @ kedua-duanya |
|
13 |
17* |
MELACUR ISTERI @ ANAK (Atau membiarkan isteri @ anak melacur). |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
14 |
18* |
MELACURKAN DIRI |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
15 |
19* |
MELARIKAN PEREMPUAN |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
16 |
20* |
MENJUAL @ MEMBERI ANAK (Di bawah jagaan bukan Islam) |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 Tahun @ kedua-duanya |
|
17 |
21* |
MENJADI MUNSYIKARI Orang tengah antara seorang perempuan dan seorang lelaki bagi tujuan-tujuan yang menyalahi hukum syarak. |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
18 |
22 |
GALAKAN MAKSIAT Menganjur, memujuk @ menggalak orang melakukan kerja maksiat. |
Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya |
|
19 |
23* |
TAKFIR |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
20 |
24(1)* |
MINUMAN YANG MEMABUKKAN Membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan, membawa @ membeli - Hukuman: Denda RM3,000 @ Penjara 2 tahun @ kedua-duanya. |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ Sebat enam sebatan @ mana-mana dua daripadanya |
|
21 |
25 |
MEMAKAN @ MENJUAL DALAM BULAN RAMADAN (Termasuk menghisap tembakau) |
Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya Kesalahan kedua @ berikutnya: Denda RM2,000 @ Penjara 1 tahun @ kedua-duanya |
|
22 |
26 |
ANGGAPAN (Jika orang gaji/pekerja telah menjual perkara yang berlawanan dengan Seksyen 24 & 25 maka majikan dianggap bersubahat). |
Mengikut seksyen kesalahan berkenaan |
|
23 |
27 |
TIDAK MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT Tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie. |
Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya |
|
24 |
28 |
MENGINGKARI TITAH PERINTAH RAJA PEMERINTAH Berkaitan dengan memulakan puasa Ramadan, Hari Raya Fitrah @ Hari Raya Haji. |
Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya |
|
25 |
29* |
PUNGUTAN DERMA TIDAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya. Segala wang yang dipungut hendaklah dirampas oleh Mahkamah dan dijadikan hasil Baitulmal. |
|
26 |
30* |
TIDAK MENYERAHKAN WANG ATAU HARTA YANG DIPUNGUT |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
27 |
31 |
TIDAK MENJALANKAN KEWAJIPAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG |
Denda RM3,000 @ Penjara 2 tahun @ kedua-duanya |
|
28 |
32* |
MENDIRIKAN MASJID BERLAWANAN DENGAN UNDANG-UNDANG (Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1963) |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
29 |
33 |
MENGAJAR AGAMA TANPA KEBENARAN |
Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya |
|
30 |
34* |
MENGAJAR @ MENJALANKAN SESUATU ISTIADAT YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK YANG DIAMALKAN DI NEGERI PERLIS |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
31 |
35* |
FATWA RASMI YANG BERKAITAN DENGAN HUKUM SYARAK |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
32 |
36* |
MENCETAK BAHAN-BAHAN YANG BERLAWANAN DENGAN HUKUM SYARAK |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
33 |
37* |
MENGHINA AYAT-AYAT YANG DIPANDANG SUCI OLEH ORANG ISLAM “Membuat hina” termasuklah mencela, mengejek, mencemuh, mencerca @ mempersenda. |
Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya |
|
34 |
38 |
MENGHINA KUASA RAJA PEMERINTAH DAN BADAN-BADAN AGAMA ISLAM LAIN (Termasuk kuasa Majlis @ JAIPs dan lain-lain). |
Denda RM3,000 @ Penjara 1 tahun @ kedua-duanya |
|
35 |
39 |
MENGHINA AGAMA ISLAM ATAU FATWA |
Denda RM3,000 @ Penjara 1 tahun @ kedua-duanya |
|
36 |
40 |
MENGHINA UNDANG-UNDANG YANG BERKUATKUASA DI MAHKAMAH |
Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya |
|
|