
|
|
|
PENGENALAN
Bahagian Penyelidikan adalah salah satu bahagian dalam Jabatan Agama Islam Perlis. Didalam memantapkan halatuju, objektif dan fungsi sesebuah organisasi, peranan penyelidikan dan pembangunan atau dikenali dengan R & D perlu sentiasa diberi perhatian utama. Fungsi utama bahagian ini ialah membuat penyelidikan serta menyediakan hasilkajian yang lengkap mengenai isu-isu yang ada kaitannya dengan hal ehwal Islam. Bidang kajiannya adalah meliputi aspek yang berhubung kait dengan akidah, syariah dan muamalat.
VISI
Mewujudkan sumber rujukan yang berwibawa di bidang akidah, syariah / bahan makanan dan gunaan Islam serta penapisan bahan bercetak dan audio visual.
MISI
Menyediakan hasil kajian yang berkualiti dan tepat bagi tujuan perancangan dan perlaksanaan yang berkesan mengenai Islam.
FUNGSI
Menjalankan hasil kajian dan penyelidikan di bidang akidah, syariah dan penapisan untuk diperakukan perlaksanaannya oleh agensi-agensi yang terlibat di peringkat negeri.
UNIT-UNIT DI BAHAGIAN PENYELIDIKAN
· Unit Akidah · Unit Halal · Unit Tapisan
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS TIAP-TIAP UNIT
UNIT AKIDAH
· Menjalankan kajian isu-isu yang berkaitan dengan akidah (amalan persilatan, perbomohan serta ajaran sesat dan ajaran Islam. · Membuat perakuan terhadap kedudukan sesuatu ajaran dalam Islam. · Sebagai urusetia jawatankuasa pemurnian akidah peringkat negeri Perlis. · Menjalankan kajian dalam isu-isu semasa yang berkaitan dengan bidang akidah dan syariah untuk dikemukakan kepada majlis fatwa negeri Perlis. · Sebagai tempat rujukan mengenaihukum dan fatwa yang diputuskan oleh majlis fatwa negeri perlis.
UNIT TAPISAN
· Mengkaji dan meneliti serta menapis buku, audio visual atau sebarang penerbitan berunsur Islam terbitan dalam negeri atau yang dari luar Negara bagi tujuan mengelakkan kekeliruan danterpengaruhnya umat Islam dengan dakyah bukan Islam. · Menyediakan laporan dan kertas kerja yang berkaitan dengan tapisan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam.
UNIT HALAL
· Mengenalpasti dan membuat penilaian serta pemantauan ke atas rumah sembelihan, loji pemprosesan makanan yang telah diperakui halal oleh jabatan. · Memberi penerangan kepada masyarakat Islam berkaitan pemakanan dan penggunaan barangan halal serta suci dalam Islam. · Mengetuai pemeriksaan bahan gunaan dan makanan serta serta mengeluarkan logo halal. · Menyiasat dan melaporkan segala kegiatan yang bertentangan dengan syariat Islam.
PROSEDUR PERMOHONAN SIJIL PENGESAHAN LOGO HALAL NEGERI PERLIS:
Pemohon yang layak memohon sijil pengesahan halal diketegorikan seperti berikut:
-Pengeluar/ penjual produk( manufacturer/producer) -Pengedar/ penjual( distributor/tender) -Pengeluar sub-kontrak (Sub-contract manufacturer) -Pembungkusan semula (repacking) -Premis makanan (foood premis) -Rumah sembelihan (abattoir/ slaughter house) Permohonan sijil pengesahan halal bagi pasaran di peringkat pasaran tempatan ,permohonan hendaklah dipohon terus kepada jabatan agama islam perlis. Permohonan sijil pengesahan halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon secara terus kepada JAKIM. Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan sijil-sijil yang berkaitan seperti berikut;
- Profil syarikat; - Perdaftaran syarikat/perniagaan; - Nama dan keterangan produk/menu untuk disahkan; - Bahan ramuan yang digunakan; - Nama dan alamat pengeluar/pembekal ramuan. - Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal(jika berakaitan) - Jenis bahan pembungkusan; - Proses dan prosedur pengeluaran; - Lain dokumen seperti HACCP,ISO,GHP,GMP,TQM dan sebagainya (jika ada) dan ; - Peta lokasi premis/kilang.
5- Borang permohoan boleh didapati dan dikembalikan ke alamat seperti berikut;
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis Kompleks Islam Persiaran jubli emas 01000 kangar Perlis.
Tel : 04-9794400 -No. fax . 04-9761344
|