

|
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Masjid.
1. Menguruskan pencalonan, proses perlantikan (temuduga kepada Imam, Bilal dan Jurunikah) dan perlantikan jawatan Pegawai-pegawai Masjid.
2. Mengadakan lawatan seliaan ke masjid-masjid, surau-surau dan tanah-tanah perkuburan.
3. Menguruskan pemberian pakaian seragam Pegawai-pegawai Masjid.
4. Menguruskan pemberian anugerah menunaikan haji kepada Pegawai-pegawai Masjid.
5. Mengemaskini dan menyimpan maklumat Masjid, Pegawai-Pegawai Masjid, Tanah Perkuburan dan Surau.
6. Menguruskan pembayaran elaun bulanan Pegawai Masjid ( Bilal,Siak dan Penjaga Kawasan)
7. Menyediakan maklumat Imam yang baru dilantik dan diserahkan kepada Bahagian Kewangan untuk proses bayaran elaun bulanan.
8. Menguruskan bayaran saguhati kepada Pegawai Masjid yang bersara atau meninggal dunia.
9. Merancang dan melaksanakan aktiviti / program / kursus kepada Pegawai-pegawai Masjid.
10. Bertanggungjawab sebagai urusetia Majlis PerasmianMasjid dan aktiviti / program yang melibatkan Masjid.
11. Menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan perlantikan Jawatankuasa Kariah Masjid.
12. Menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pemberian tauliah kepada Pegawai Masjid yang baru dilantik.
Syarat-syarat memohon jawatan Pegawai Masjid:
1. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap.(borang boleh didapati di Bahagian Pengurusan masjid)
2. Berumur tidak melebihi 60 tahun.
3. Berpengetahuan dalan bidang agama dan boleh membaca Al Quran dengan baik dan betul.
4. Calon hendaklah diputuskan melalui Mesyuarat khas Jawatankuasa Kariah bersama-sama Pengerusi JKKK Kariah berkenaan dan disokong oleh ADUN.
5. Boleh membaca / menulis rumi dan jawi serta mempunyai pengetahuan asas dalam bahasa arab.
6. Calon berasal dari anak Kariah masjid yang berkenaan.
7. Pencalonan bagi Jawatan Imam 1,2 dan 3 hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 2 orang calon.
|